10 November 2011

kawan :)

Assalamualaikum. alhamdulillah finally dpt jugak post something kt sini. dpt jugak curi masa utk berblog. currently kt rumah tgh cuti midsem and rasanya sempat lg nk wish selamat hari raya aidiladha :)
belek-belek majalah solusi kt dlm bilik ma then jumpa artikel yg memang interesting. and macam memang kena kt batang hidung sendiri. and rasanya lg bermanfaat utk di-share di sini agar bermanfaat utk org lain jugak inshaAllah :)

CINTAI SAUDARAMU KERANA ALLAH :)
sifat-sifat orang yang mencintai saudaranya kerana Allah
  • Mendoakan saudaranya
"Sesiapa yang mendoakan saudaranya pada saat dia tidak bersama-samanya, maka malaikat yang diamanahkan untuk menjaganya dan mengawasinya berkata : 'semoga Allah mengabulkan dan bagimu semoga mendapat yang sama dengannya'." (riwayat Muslim)

  • Mengunjungi

  • Memberi bantuan

  • Melakukan perkara yang disukai
"Sesiapa yang menemui saudaranya yang Muslim dengan menampakkan perkara yang disukainya kerana ingin membahagiakannya, maka Allah akan memberikan kebahagiaan kepadanya pada hari kiamat." (riwayat al-Tabrani)

  • Penampilan wajah berseri-seri
"Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun, walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri." (riwayat Muslim)

  • Memberikan hadiah
"Kalian harus saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai." (riwayat al-Bukhari)

"Sesiapa yang diberi kebaikan kemudian ia berkata kepada orang yang memberikan kebaikan : 'Jazakallah khairan' (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh dia telah memberikan pujian yang sangat baik." (riwayat Usamah b. Zaid )

  • Memberi maaf
dengan memberi maaf, semoga kita juga akan dimaafkan :')

  • Menyimpan rahsia
"Jika seseorang berkata kepda orang lain dengan suatu perkataan, kemudian ia menoleh (melihat sekelilingnya), maka pembicaraan itu adalah amanah." (riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

artikel ni ditulis oleh hj zainudin ali. memang la kena mention nama original writer kan sebab memang bukan hasil buah fikiran sendiri pun. tak post full artikel pun sbb panjang sangat nanti blh la baca kt solusi ye. inshaAllah kita sama-sama la try ubah cara kita berkawan, cara kita treat kawan n yang penting, niat tu. semua ni ingatan untuk diri sendiri jugak. memang sensitif sikit bab-bab kawan ni. hehe. inshaAllah la kita improve everything, to be a better muslimah. salam :)