25 January 2013

awalkan waktu solatmu!


alhamdulillah tadi berjaya jugak baca majalah Anis, even awalnya rasa macam baca magazine makcik-makcik. almaklumlah, magazine mak punye kan. tertarik kt satu artikel pasal solat wanita. bab-bab solat memang laju je baca, tapi bila perform solat, astagfirullah. muhasabah diri la ye.

ada masalah yg dikemukakan lam magazine ni :

Masalah :
Jamilah eh, Fatimah la. Fatimah masih berkeadaan suci ketika waktu Zuhur sudah pun tiba. Namun Fatimah belum menunaikannya sehingga jam 3 ptg. Tiba2 pada jam 3 ptg, dirinya didatangi haid. Fatimah tidak boleh lagi menunaikan solat Zuhur berkenaan. Oleh yang demikian, apa yg harus dilakukan Fatimah?

maka inilah masalah si Fatimah ni. ingatkan macam remeh je persoalan ni. tp rupanya tak boleh dipandang remeh ye sahabat-sahabat sekalian.

Jawapan :
Fatimah telah melakukan kecuaian kerana tidak mempercepatkan solat Zuhurnya, menyebabkan solat Zuhurnya terluput slps dia didatangi haid. Fatimah perlu mengqadha solat Zuhur itu selepas dia sudah berkeadaan suci disebabkan ketika waktu Zuhur masuk, dia masih dlm keadaan suci dan wajib menunaikan solat.

cenggitu gayanya. kecuaian okay. ni baru haid. kalaulah ditakdirkan mati ke eksiden ke ape, tak sempat nk solat, camne gayanye? astagfirullah. patut la kena solat awal waktu. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. jom la muhasabah diri, and try improve diri sndiri. tak trlambat nk betulkan, insyaAllah :)

"Nabi SAW ditanya, apakah amalan yang terbaik? Maka jawab Nabi: Solat pada awal waktu."

Wallahualam.

p/s : tadi baca belog ni. takziah buat junior and family arwah. semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang soleh insyaAllah. Alfatihah.

21 January 2013

homework cuti sem



homework cuti sem given by akak murabbi, kak kinah yg nk kawen bulan depan. haha. perlu la mention kt sini. kena hafal surah al-Qariah ngn al-Alaq. insyaAllah la, kte try ye. arapnya kwn-kwn seusrah, zita and farah pun bertungkus-lumus melaksanakan homework ni :)

buku mutabaah amal harian tu comel tau. kecik cenonet mudah dibawa kemana-mana. tapi sebab kecik tu jugaklah buku tu tertinggal kt uia. bukan stakat buku, smua la, kertas semua-smua tu. pen pon tak bawak balik. eksaited habis exam kan.

overallnya, isi kandungan buku tersebut mengisahkan :

- solat berjemaah
- solat sunat rawatib
- dhuha
- tilawah, tadabbur, hafalan Quran
- hafalan hadith
- qiam
- riadah
- ziarah
- mathurat
- infaq & sedekah
- bacaan buku islami
- ulangkaji pelajaran
- bacaan buku umum
- kemas bilik / rumah
- birrul waalidain

kena catit or tanda or tick la bila buat benda-benda yg disebut kt atas tu. everyday tau. ala-ala mcm ni la :



kadang-kadang terfikir jugak, why nk buat semua ni? tapi bile dh buat, eksaited jugak la. at least kte blh menilai diri sndiri. blh tgk setakat mana iman menaik and menurun. sebanyak mana amal yg dh buat. even belum tentu diterima, tp at least dh buat kan? tapi kadang-kadang memang rasa malas sangat nk buat smua ni. try je istiqamahkan diri. kalau akak murabbi tak bagi keje ni, maybe cuti akan berlalu begitu sahaja? tanpa buat benda bermanfaat? wallahua'lam. selamat mengisi cuti dgn memperbanyakkan amal! :)

20 January 2013

jalan-jalan kb part 1


assalamualaikum. alhamdulillah tadi selamat g spital kb. and selamat jugak la jalan-jalan dgn si dilin tu. peneman yang setia tak brape setia lah. kaki lenguh alahai pakai wedges mak. tu la, wedges sndiri taknak pakai. mengada nk try mak punye. memang la jalan pun dh macam mak. slow kemain. banyak wang berjaya dihabiskan hari ni. maka untuk 2, 3 ari selanjutnya, kene rest kt umah sementara mnanti jumaat ni, jalan-jalan part 2.

cerita paling best, cerita tak jumpa surau. nape entah susah sangat nk cari surau kt parkson tu. memang la lain kai surau tu letak jauh-jauh cket. bia takde org jumpe! namanya surau, mesti la stiap kali masuk waktu, orang akan serbu letak la tempat strategik sikit oiii. nk komen kt sape ntah. org yg berniaga kt situ pon macam x kisah je. diorg solat kt mne ntah x paham betoi!

cari kedai tudung tak jumpa jugak. si dilin la beriya nk beli tudung kt tursab ke ape ntah. penah la dgr nama kedai tu tapi lupa kt mne letaknya. nk parking pon susah. dah la yg tukang drive pon tergagap-gagap bwk kete nye. nasib bergerak je kete tu. tapi guess what? jumpa oki! oki setiana dewi. tp sejujurnya tak kenal  pun sape si oki tu. yg tau dy pelakon. si dilin memang eksaited trus mintak amik gambar. join la jgk kn even tak kenal pon.

konklusinya, baru half barang yg nak, berjaya dibeli. half ke? mcm suku je. takpe. nanti kua lg. beli lagi. habiskan duit lagi. hoyeahhh! opsss lupa. lagi satu, aritu beli jam kt jj wangsa maju. punya la lame simpan sebab tali dy xleh nk potong. and punye la byk kedai pegi, katanya takleh nk potong, tapi tadi, jumpa jgk satu kedai ni, yang sudi nk tlg potongkan. 3 inggit je kot dy cas! murah sesangat la compare kt jj aritu 10 inggit! memang mencekik betoi. so, lepas ni leh la pakai jam cantik g class. ahaks! gedik! to be continued...




16 January 2013

cuti started!




wahahaha. start post ngn gambar makanan agar lebih berselera untuk menulis ye. tu masakan first untuk cuti ni. nama ape ntah, udang goreng kacang buncis sedap sekali? boleh la kan. alhamdulillah final exam dh habis dengan tidak jayanya sebab banyak paper yang hancur. tapi takpe la, sape suruh study last minute? sape suruh main-main? sape suruh busy memanjang? tanya and jawab sendiri padan muka. boooo!

cuti ni banyak azam ye. memang balik ni semata-mata nk tunaikan azam-azam terpendam ni. rase blh wt lsit kot?


  • nk makan sedap-sedap. nasi berlauk, sate, kfc, kuih-muih bla bla bla 



  • nk masak puas-puas. dapur tu pastikan berasap la ye. saat paling gembira bila tgk org mkn masakan kita. especially time parents penat-penat balik keje tuh.



  • nk drive puas-puas. sbb si chery kesayangan tu dh lama sakit, tak baik-baik lagi, so, memang takde can la nk drive kt uia kn? so, gunakalah lisa sebaiknya masa cuti neh. mak po bg green light!



  • nk shopping. sume brg nk borong. tak kira! baju, kasut, makanan. sume nk angkut g uia



  • laksanakan homework k.kinah bagi tu. insyaAllah next post baru ckp pasal homework. skg enjoy-enjoy duluuuuuu



  • nk kemas rumah. rumahku syurgaku. parents keje so memang la rumah pon tunggang terbalik dh haaaaa. pulangnya anak dara kesayangan ini bakal merubah segalanya. nantikanlahhhhhh. ahaks!


list banyak-banyak pun kalau tak buat tak guna ye tak? maka azam yg utama ialah, melaksanakan segala apa yg di-list-kan. memang la hancur bm ni kan? sorry mdm. gtg. xoxo!

09 January 2013

exam fever



Salam. serious lama sangat tak sentuh belog. sentuh-sentuh terus update pasal exam. memang students life sangat lah kan? sem ni amik 7 subjects equal to 20.5 cr hour plus parenting class plus mrc segala bagai so sumpah memang heaven gila sem ni. tak sabar nak habis sem tapi lagi takut bila fikir sem depan. takpe. fokus kt present. future letak tepi.

4 subjects dah lepas. ade lagi 3. sume memang hancur. target A memang hilang la. lulus tu pon boleh sujud syukur kot. semua carry marks ala-ala je. cukup tak cukup je nk makan. memang cmni ke kt uia neh? dengar smua orang membebel benda sama je. yang budak pandai genius tu tolak tepi lah kan sebab kita yang tak brapa nk pandai plus suka study last minute ni memang perit sangat dah rasanya. lagi stress bila orang dh terjerit-jerit habis exam la, last paper la, tapi kita yg budak econs still terkinja-kinja struggle pulun abis-abisan nak abiskan paper berderet-deret lagi tuh.

memang students life sangat la kan. takleh nak lari dh dari exam la stress la. sabar la abiskan degree ni. pastu mengidam nak sambung master la, phd la. pfffttt. memang hidup habis kt u je. tak kawin la kan? haha. gataiii. okay law banyak lagi nk cover. lagi 2 subjek tu trus jadi anak tiri esk baru tengok balik. ok bye belog sayang!