25 January 2013

awalkan waktu solatmu!


alhamdulillah tadi berjaya jugak baca majalah Anis, even awalnya rasa macam baca magazine makcik-makcik. almaklumlah, magazine mak punye kan. tertarik kt satu artikel pasal solat wanita. bab-bab solat memang laju je baca, tapi bila perform solat, astagfirullah. muhasabah diri la ye.

ada masalah yg dikemukakan lam magazine ni :

Masalah :
Jamilah eh, Fatimah la. Fatimah masih berkeadaan suci ketika waktu Zuhur sudah pun tiba. Namun Fatimah belum menunaikannya sehingga jam 3 ptg. Tiba2 pada jam 3 ptg, dirinya didatangi haid. Fatimah tidak boleh lagi menunaikan solat Zuhur berkenaan. Oleh yang demikian, apa yg harus dilakukan Fatimah?

maka inilah masalah si Fatimah ni. ingatkan macam remeh je persoalan ni. tp rupanya tak boleh dipandang remeh ye sahabat-sahabat sekalian.

Jawapan :
Fatimah telah melakukan kecuaian kerana tidak mempercepatkan solat Zuhurnya, menyebabkan solat Zuhurnya terluput slps dia didatangi haid. Fatimah perlu mengqadha solat Zuhur itu selepas dia sudah berkeadaan suci disebabkan ketika waktu Zuhur masuk, dia masih dlm keadaan suci dan wajib menunaikan solat.

cenggitu gayanya. kecuaian okay. ni baru haid. kalaulah ditakdirkan mati ke eksiden ke ape, tak sempat nk solat, camne gayanye? astagfirullah. patut la kena solat awal waktu. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. jom la muhasabah diri, and try improve diri sndiri. tak trlambat nk betulkan, insyaAllah :)

"Nabi SAW ditanya, apakah amalan yang terbaik? Maka jawab Nabi: Solat pada awal waktu."

Wallahualam.

p/s : tadi baca belog ni. takziah buat junior and family arwah. semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang soleh insyaAllah. Alfatihah.

No comments: