20 October 2013

Qurban Kasih Ummah 1434H :)


Bismillahirrahmanirrahim. kekok jugak jari ni nak taip memandangkan dah lama sesangat dah tak ber-blogging. sori belog. takde masa. banyak benda nak share tapi macam terbantut nak tulis. so, semua tersimpan di kotak memori sahaja. tapi macam rugi pulak kan simpan sorang-sorang. so, gagahkan diri jugak tulis sekerat dua kat sini, agar bermanfaat untuk orang lain jugak insyaAllah.

So, ceritanya ialah tahun ni tak raya ngan family wey! tsk tsk tsk. sebenarnya takde lah sebak sangat pun sebab kawan-kawan ade kan. at least ada lagi orang tersayang untuk nak celebrate hari raya tuh. first la kiranya celebrate raya jauh dari family. tapi ummi ade pesan, ni first time untuk kita, and first time untuk family aka parents kat rumah tu jugak. so, dua-dua berkorban la kira. tersentap jugak la kan sebab selama ni dok pikir diri sendiri je, dok pikir sedih la ape la, padahal tak realise yang parents kat rumah tu pun berkorban jugak. 21 tahun raya sesama pahtu tetiba tahun ni anak diorang hilang plak. memang la sedih jugak kan? wuwuwuwuwuwu

Kenapa join Qurban Kasih Ummah ni? ape benda sebenarnya program ni? ha kalau nak tau boleh la google ye. ni kira program tahunan Ikram la. diorang agihkan daging korban kat negara-negara yang memerlukan. ha dah tetiba ter-explain pulak sikit-sikit. selebihnya pandai-pandai lah ye. seriously, memang join ni sebab kawan ajak. mula-mula sebab tu lah kan. tapi lama-lama betulkan balik niat. ingat tujuan sebenar. ni bukan vacation ke lepak-lepak ke ape. soal duit boleh tolak tepi kot. tak bagitau pon ma abah pasal payment semua tuh. konon dah besar pandai-pandai la korek sana, korek sini. ma abah kasi pegi tu pon dah kira bernasib baik sangat dah tu.

Mula-mula kami berenam join program ni. Amal, Nani, Nasuha, Jeed, Wafa', Tiqah. tapi Allah sebaik-baik perancang, empat orang je pegi akhirnya. Jeed ngan Tiqah, maybe boleh join next trip ye. insyaAllah. maka kalutlah empat dara ni buat preparation nak gi Thailand. ha. Thailand. lupa nak bagitau ye Qurban Kasih Ummah yang kitorang join ni, lokasinya di Thailand. dari TakBai sampai la ke Hatyai. And lebih kurang seminggu before nak pegi tu, ade pulak la berita pasal bom kat selatan Thai. Yes. memang sedia maklum bahawa selatan Thai tu memang kawasan panas tapi ingatkan macam dah okay kan. Tapi taktau la kenapa hati ni takde la rasa nk withdraw ke ape ke. rasa macam redha je lah kan. kalau dah sampai ajal, kat mana-mana pun boleh hilang nyawa. Berbekalkan prinsip tu lah, kami empat orang ni proceed dengan program ni.

Sambil-sambil cerita, boleh la usha-usha gambar. Hidup ni kalau setakat tulisan je bohsang lah kan. letok gambor sikit agar berseri aw aw aw. Ni lah empat dara dari uia. Makcik-makcik and akak-akak yang join QKU ni cakap kami ni sesuai secocok sangatlah datang empat orang ni. Nani bersama Nasuha dan Amal bersama Wafa'. Sebenarnya ada lagi satu couple dari UIA, Hanif dan Tahir. tapi, hmm hmm abaikan je lah dua orang tuh ye. hihihihi


 





Ada beberapa perkara yang rasanya boleh dihighlightkan sepanjang QKU ni. camne nak summarize ni ye by day. by activities ke. by ape ke. gaya macam buat travelog dah ni. hmmm hmmm rasanya ikut mana yang ingat lah kan. sebab tu kena tulis post ni. haih. abaikan. So, let the story begins!

Rumah Anak Yatim Abu Hurairah 

Ini destinasi pertama kitorang. Ibu pengasuh kat sini nama dia Puan Fauziah bt Ismail ( kakak kepada ketua rombangan kami, Ustaz Mad ). Pn Fauziah ni ada la cerita sikit-sikit berkenaan adik-adik kat sini. Rumah anak yatim dah 17 tahun dah ditubuhkan. So, dah ada la anak-anak yatim yang dah berjaya, dah masuk universiti. Selama 17 tahun tu jugak la Pn Fauziah ni setia jaga orphanage ni. Rumah diorang pun agak daif la jugak. Yelah nak muatkan 30 adik-adik yang semuanya lelaki, kira sempit lah tu. tapi yang paling respect sekali, even rumah daif pun, tapi bersih! Toilet, dapur, tempat tidur, tempat mandi, semua bersih. Pn Fauziah cakap, sebab adik-adik ni semua memang dah diajar bab-bab kebersihan ni. diorang tahu, kebersihan tu separuh daripada iman. so, semua pun ada kesedaran masing-masing la kan. 

Lagi satu, masa kitorg pegi ni, hari Arafah, so, memang digalakkan sangat-sangat lah untuk umat Islam berpuasa kan. and bagi adik-adik ni pulak, diorang sendiri yang request untuk berpuasa pada hari tersebut. sebab diorang tahu besarnya fadilat puasa tu. Subhanallah. tergamam, terpaku, terharu semua ada lah bila tengok adik sekecik 4 tahun tu puasa! Allah, malunya kalau akak yang 22 tahun ni ambik remeh je benda ni. 

And masa kat sini, of course la otak menerawang teringat kat adik-adik Yayasan Kasih Sayang kat Aceh tuh. sayu je lah hati ni kan. dah la tak bawak pape nak kasi adik-adik ni. comel-comel plak tu diorang sume ni. semoga Allah melindungi mereka semua. insyaAllah.




ampaian diorang. Pn Fauziah cakap memang macam ni la hari-hari kt sini basuh baju, jemur baju, lipat baju. Ni tak kira lagi kalau ade yang kencing malam ke ape ke. Basuh je la semua. Mesin basuh pun satu je ha. Mesti dua tiga kali jugak la nak kena basuh ni kan. hmmm hmmm







ni inisiatif Pn Fauziah and family, berniaga sikit-sikit untuk support adik-adik tu
















Stadium Yala

Solat raya kat stadium ni. sebab ustaz kata kali ni ada mufti nak deliver khutbah raya. Nama ape mufti tu lupa pulak. Dr Ismail Lutfi kalau tak silap. anak dia belajar kt uia! satu geng! yeahhhh. eh, proceed. kitorang solat kat padang kot! memang first time, memang teruja, and memang berpeluh sakan la kat situ semua orang. Khutbah pulak kadang-kadang dalam bm, kadang-kadang bahasa thai. yg dpt grab sikit-sikit point tu, ialah ustaz tu bercakap pasal Ummatul Wahidah. yang lain isi kandungannya, Allhua'lam. orang kat sini memang perform solat sunat Aidiladha kat padang, bukan kat masjid. sunnah katanya. bentang je tikar sebanyak-banyaknya kat padang tu. tapi serious memang panas. sebab pukul 9 matahari kan dah tanpa segan-silu keluar beraya jugak? ngeh3. then, lepas solat, diorang distribute nasi and aiskrim and ketupat. memang banyaaaaaaaak makanan, takyah rebut-rebut semua dapat insyaAllah. kagum weh! makanan free kot! nasi beriyani plak tu. memang marvelous lah! and bebudak dapat duit raya jugak. beratur je diorang amik turn nak amik duit raya tu, rasa nak join sekali je. hihihi






 


Universiti Islam Yala

After solat raya, maka kami pun bergerak la ke universiti ni. Mula-mula sampai, rasa macam hmmm betul ke universiti ni? Tak gaya universiti pun. Ha, sebabnya diorang ni agak daif jugak la. Students kat sini ramai foreigner jugak. dari kemboja, china. and kebanyakannya adalah muallaf. so, sebab tu la Ikram agih daging korban kat sini. tumbang la seekor lembu ye. students kat sini biasanya makan betik dengan telur je ( ustaz tu cakap la ). so, sekali skala dapat makan daging, memang teruja lah diorng. dah la jauh ngan family kan. comey-comey semuanya. masak pon sedap! tengok student-student yang laki tu sembelih lembu, lapah, masak bagai, macam teruja jugak lah kami anak-anak dara ni ha. terfikir pulak, bebudak uia tu reti ke sembelih, lapah lembu bagai? respect lah diorang ni. style plak tu cara diorang sembelih lebu tu. cara orang cina, ustaz tu cakpa, so, lain sikit lah. memang diusap nye lembu tu sampai abis nyawa weh. kalau melayu ni, memang tinggal camtu je ha lembu tu sekor-sekor. hihihihi






Foundation for Quranic Education

ni tempat last kami agih daging korban. foundation ni memang ditubuhkan khusus untuk ajar bebudak kat sini cara mengaji yang betul. bukan setakat Qiraati, tapi ada jugak la kaedah lain yang diorang guna. cikgu-cikgu kat sini pun ada yang diimport dari India, Yaman, Malaysia. Diorang kumpul ahli-ahli Qura and provide training jugak untuk cikgu-cikgu yang ajar mengaji kat tempat lain. Selain tu, diorang hantar jugak wakil-wakil dari foundation ni, untuk belajar and mengkaji methodolgy hafazan and pengajian Quran. kira international jugak la. bangunan kat sini pun semua hasil waqaf. baik sungguh hati mereka. semoga Allah menggandakan lagi rezeki orang-orang yg waqaf ni ha. Pengetua kat sini pun, memang dah sedia mewaqafkan diri and pencennya utk foundation ni. Allah, mulianya hati. 

------------------------- ---------------------------------------------- ----------------------

Sayang seribu kali sayang. memang amal bukan lah jenis yang suka capture gambar banyak-banyak. kenyang plak tu dok habiskan daging kat semua tempat yang pegi tu. so, memang menagih ihsan gambar orang lain la kan. 















dari pandangan amal sendiri, QKU ni memang best la. lagipun first time join program camni kan, program luar, program NGO. biasa terlibat ngan program-program uia je, dengan rakan-rakan sebaya, dengan students jugak. tapi ni program involve macam-macam jenis orang. ade adik-adik, yang kecik yang banyak ragam yang banyak cakap yang garang segala bagai ada. ade makcik-makcik yang memang kite kene hormat and tolerate sepanjang masa. ada pakcik-pakcik, ada kakak, ada ikhwah, ada akhawat. memang environment berbeza. memang mula-mula nervous. macam-macam fikir, boleh ke nak blend dengan makcik-makcik ni? boleh ke adapt ngan environment kat sini? tapi Alhamdulillah. Allah permudahkan semuanya. such an awesome trip la. pengalaman berharga sangattttttt :)


Banyak benda yang tak boleh lupa. The moment when kami baca mathurat ramai-ramai dalam van tu memang best gila kot. Nak share sikit cara ustaz tu didik anak-anak dia ( ustaz tu ketua rombongan tu. Ustaz Mad ). Anak-anak dia semua perempuan, tiga orang, form 3, darjah 5, darjah 4. sebab ustaz ni selalu busy, pegi sana pegi sini, so, memang dia takkan tinggal la famili dia ni. memang dia angkut semua, ikut dia. tak kisah la g dengar ceramah ke ape ke. sebabnya, dia taknak masa dia ngan anak-anak dia hilang camtu je, dek kerana kesibukan melampaunya. so, nampak la keakraban diorang ni. and ustaz ada ajar doa masuk pasar jugak. mula-mula kitorang semua macam-macam blur-blur la kan kenapa tetiba nak kena baca doa masuk pasar ni. then, ustaz keluarkan hadis bahawasanya ini memang sunnah Rasulullah, nak elak kita dari membazir and lagha and benda ni memang dia praktikkan kat family dia ni. so, memang satu family la jarang shopping sakan. shopping 30 minit je. kejap bhaiiiii. ni doa nya. sama-sama lah amal. insyaAllah la lepas ni tak boros dah ha. aminnn. nak details lagi boleh la jenguk sini :)


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوْتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ


rasanya memang sampai sini je lah cerita QKU ni kot. sape-sape nak pegi thailand tu, silakan lah. tolak tepi lah takut ke apa. memang askar ada kat mana-mana, tapi insyaAllah selamat je semuanya. seronok berjaulah ni, dapat kenal ramai orang, dapat tengok negara orang, dapat belajar itu ini. semoga diberi peluamg berjaulah lagi. insyaAllah :)

Sekian, wassalam. keyboard off. sambung siapkan esaimen T_T



p/s : curi gambar si umar rizwan, sebab suka full moon and sebab ni lagu feveret since maahad. even takde kaitan dengan cerita dan tajuk QKU ni. hihihi


15 April 2013

march dan april

Allah Allah Allah Allah..

Astagfirullah. berat sangat dugaan utk bulan ni. too many unexpected things happened. kadang-kadang rasa penat, tapi teruskan jugak. kerana apa? kerana sayang. ya. sayang seorang sahabat terhadap sahabatnya.


Hati bermonolog. Nak luahkan tp tak semua org akan faham. Then, pendam lagi. lagi dan lagi. Sampai satu tahap, pecah semuanya. Astagfirullah. beratnya ya Allah.


Harapan harapnya takkan tinggal harapan saja. Harapan tak lah setinggi mana. Hanya ingin selamatkan diri masing-masing yg nampaknya semakin jauh. Jauh. Memang sedih.


Setiap orang punya berlainan emosi. dan aku memang beremosi. sangat beremosi. sahabat itu segala-galanya. why? kerana mereka tulang belakang. mereka penghibur. itu memang nyata.


Tolong, bukan ini yang sepatutnya jadi. bukan. ini ujian. dan Allah hanya uji sekadar mampu kita. insyaAllah, memang kita mampu. jangan ada berputus asa. jangan ada buat tak endah. jauhkan lah.


Takut. memang itu rasanya saat ini. sangat takut. takut kehilangan. kehilangan. kehilangan. tak sanggup ya Allah. Air mata, doa, usaha. itu sekadar mampuku. bantulah ya Allah.


Sahabat, aku sayang kamu. biar berjuta kali lafaz yg sama. biar ada yg muak, mual, bosan. its okay. asal kamu semua tahu apa aku tahu. agar kamu semua rasa. dan agar kamu juga ada rasa sayang yg sama.


Allah Allah Allah Allah Allah, kuatkan hati kami :'(


14 February 2013

the sayangs




alhamdulillah. setelah sekian lama berhajat nk upload, nk convert, akhirnya tercapai jua. tengs si mektin tlg convertkan. kenangan kami. saat-saat indah kami berlapan. amal, pqah, zita, atin, farah, eid, nomi, dayah. yes. kami sahabat selamanya :)

12 February 2013

Amid Idris Session Part 1 - 02/02/2013


Session 1 : Matlamat

Amin Idris tekankan sangat pasal target and cita-cita time nih. ade 2 main points yg sempat dicatit :

1 - when the vision is clear, the action get clear

2 - do not let small matters deviate you from big matter

Sememangnya kadang-kadang kita rasa layak ke kita nk dream macam-macam? takut nanti jadi angan-angan mat jenin. cita-cita entah ke mana. tapi Islam teach us to dare to dream. jangan takut and jangan fikir banyak sangat. dream tu kadang-kadang yang mampu bawak kita pegi jauh. People with clear vision never have time to get bored.

"if you have clear vision, you dont even have time to take breakfast." - Bill Gates

Another prinsip or theory yang kadang-kadang kita neglect iaitu relation of imagination, emotion and action. Imaginasi akan merangsang emosi dan seterusnya diterjemahkan melalui tindakan contoh paling senang ialah Jepun. yes. negara Japan yang membangun tu. Jepun tu dulunya memang teruk lepas kene bom dulu. orang normal akan fikir bahawasanya Jepun tu takkan bangkit jadi seperti sekarang nih. tapi diorang start dgn imaginasi. contohnya Doraemon tu kan. kita mesti fikir ape la si kucing biru ni merepek? tapi benda-benda mengarut tu Jepun dh berjaya jadikan realiti. etul. tak semua. tapi kita nampak improvementnya kan. kadang-kadang tak penah terfikir je benda camtu akan wujud kt dunia ni.

" when you have a dream, go for it! when you have a dream, fight for it! dont give up!"




11 February 2013

emosi turun naik


memang emosi turun naik la start-start post tanpa memberi salam atau kata-kata pembukaan kan? slmt mlm ke pagi ke hape. sesungguhnya si penulis di dalam kecelaruan minda. jiwa kacau 24/7. bila masa ntah okay nye. asyik tak ok je. tanpa sebab-sebab yang kukuh, dgn tiba-tiba je aku mampu naik hangin and merajuk tidak tentu pasal. pelik la tu kan?

apa nk buat bila emosi tak stabil? well, benda paling mudah ialah/adalah lari jauh-jauh dari kelompok manusia. memang prefer duduk sensorang if emosi tak stabil. sebabnya? sebab taknak nanti terlepaskan emosi kt orang-orang tak sepatutnya. nanti kang tetiba perang dunia ke lapan, sembilan, sepuluh. tak ke naya tu? duduk diam-diam dulu. stabilkan emosi. pastu nanti dh okay, dgn selambanya pegi balik la kt kawan-kawan yg ditinggalkan tadi. memang selfish betol la gua cakap sama lu.

lagi satu, berzikir la. istigfar banyak-banyak. maybe tetiba si syaitan tu berjaya merasuk fikiran and hati kita yg suci ini. tak gitu? almaklumlah sebagai manusia biasa, sememangnya si syaitan wa iblis tu sentiasa mencari peluang nk hasut kita ni buat benda-benda tak elok tu. panas baran, naik hangin, merajuk, marah orang tak tentu pasal, gaduh, putus silaturahim, benda tak baik la tu kan? si setan tu memang bertepuk tangan berpesta sakan la kalu kita buat camtu. so, before everything jadi tunggang-langgang, istigfar, relaks, sabar. insyaAllah semua baik-baik sahaja nanti.

post membebel malam ini adalah semata-mata untuk mengingatkan diri sendiri akan pentingnya sifat sabar dalam diri sendiri. motif la kan. lantak ah. ko ado?

25 January 2013

awalkan waktu solatmu!


alhamdulillah tadi berjaya jugak baca majalah Anis, even awalnya rasa macam baca magazine makcik-makcik. almaklumlah, magazine mak punye kan. tertarik kt satu artikel pasal solat wanita. bab-bab solat memang laju je baca, tapi bila perform solat, astagfirullah. muhasabah diri la ye.

ada masalah yg dikemukakan lam magazine ni :

Masalah :
Jamilah eh, Fatimah la. Fatimah masih berkeadaan suci ketika waktu Zuhur sudah pun tiba. Namun Fatimah belum menunaikannya sehingga jam 3 ptg. Tiba2 pada jam 3 ptg, dirinya didatangi haid. Fatimah tidak boleh lagi menunaikan solat Zuhur berkenaan. Oleh yang demikian, apa yg harus dilakukan Fatimah?

maka inilah masalah si Fatimah ni. ingatkan macam remeh je persoalan ni. tp rupanya tak boleh dipandang remeh ye sahabat-sahabat sekalian.

Jawapan :
Fatimah telah melakukan kecuaian kerana tidak mempercepatkan solat Zuhurnya, menyebabkan solat Zuhurnya terluput slps dia didatangi haid. Fatimah perlu mengqadha solat Zuhur itu selepas dia sudah berkeadaan suci disebabkan ketika waktu Zuhur masuk, dia masih dlm keadaan suci dan wajib menunaikan solat.

cenggitu gayanya. kecuaian okay. ni baru haid. kalaulah ditakdirkan mati ke eksiden ke ape, tak sempat nk solat, camne gayanye? astagfirullah. patut la kena solat awal waktu. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. jom la muhasabah diri, and try improve diri sndiri. tak trlambat nk betulkan, insyaAllah :)

"Nabi SAW ditanya, apakah amalan yang terbaik? Maka jawab Nabi: Solat pada awal waktu."

Wallahualam.

p/s : tadi baca belog ni. takziah buat junior and family arwah. semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang soleh insyaAllah. Alfatihah.

21 January 2013

homework cuti sem



homework cuti sem given by akak murabbi, kak kinah yg nk kawen bulan depan. haha. perlu la mention kt sini. kena hafal surah al-Qariah ngn al-Alaq. insyaAllah la, kte try ye. arapnya kwn-kwn seusrah, zita and farah pun bertungkus-lumus melaksanakan homework ni :)

buku mutabaah amal harian tu comel tau. kecik cenonet mudah dibawa kemana-mana. tapi sebab kecik tu jugaklah buku tu tertinggal kt uia. bukan stakat buku, smua la, kertas semua-smua tu. pen pon tak bawak balik. eksaited habis exam kan.

overallnya, isi kandungan buku tersebut mengisahkan :

- solat berjemaah
- solat sunat rawatib
- dhuha
- tilawah, tadabbur, hafalan Quran
- hafalan hadith
- qiam
- riadah
- ziarah
- mathurat
- infaq & sedekah
- bacaan buku islami
- ulangkaji pelajaran
- bacaan buku umum
- kemas bilik / rumah
- birrul waalidain

kena catit or tanda or tick la bila buat benda-benda yg disebut kt atas tu. everyday tau. ala-ala mcm ni la :



kadang-kadang terfikir jugak, why nk buat semua ni? tapi bile dh buat, eksaited jugak la. at least kte blh menilai diri sndiri. blh tgk setakat mana iman menaik and menurun. sebanyak mana amal yg dh buat. even belum tentu diterima, tp at least dh buat kan? tapi kadang-kadang memang rasa malas sangat nk buat smua ni. try je istiqamahkan diri. kalau akak murabbi tak bagi keje ni, maybe cuti akan berlalu begitu sahaja? tanpa buat benda bermanfaat? wallahua'lam. selamat mengisi cuti dgn memperbanyakkan amal! :)

20 January 2013

jalan-jalan kb part 1


assalamualaikum. alhamdulillah tadi selamat g spital kb. and selamat jugak la jalan-jalan dgn si dilin tu. peneman yang setia tak brape setia lah. kaki lenguh alahai pakai wedges mak. tu la, wedges sndiri taknak pakai. mengada nk try mak punye. memang la jalan pun dh macam mak. slow kemain. banyak wang berjaya dihabiskan hari ni. maka untuk 2, 3 ari selanjutnya, kene rest kt umah sementara mnanti jumaat ni, jalan-jalan part 2.

cerita paling best, cerita tak jumpa surau. nape entah susah sangat nk cari surau kt parkson tu. memang la lain kai surau tu letak jauh-jauh cket. bia takde org jumpe! namanya surau, mesti la stiap kali masuk waktu, orang akan serbu letak la tempat strategik sikit oiii. nk komen kt sape ntah. org yg berniaga kt situ pon macam x kisah je. diorg solat kt mne ntah x paham betoi!

cari kedai tudung tak jumpa jugak. si dilin la beriya nk beli tudung kt tursab ke ape ntah. penah la dgr nama kedai tu tapi lupa kt mne letaknya. nk parking pon susah. dah la yg tukang drive pon tergagap-gagap bwk kete nye. nasib bergerak je kete tu. tapi guess what? jumpa oki! oki setiana dewi. tp sejujurnya tak kenal  pun sape si oki tu. yg tau dy pelakon. si dilin memang eksaited trus mintak amik gambar. join la jgk kn even tak kenal pon.

konklusinya, baru half barang yg nak, berjaya dibeli. half ke? mcm suku je. takpe. nanti kua lg. beli lagi. habiskan duit lagi. hoyeahhh! opsss lupa. lagi satu, aritu beli jam kt jj wangsa maju. punya la lame simpan sebab tali dy xleh nk potong. and punye la byk kedai pegi, katanya takleh nk potong, tapi tadi, jumpa jgk satu kedai ni, yang sudi nk tlg potongkan. 3 inggit je kot dy cas! murah sesangat la compare kt jj aritu 10 inggit! memang mencekik betoi. so, lepas ni leh la pakai jam cantik g class. ahaks! gedik! to be continued...




16 January 2013

cuti started!




wahahaha. start post ngn gambar makanan agar lebih berselera untuk menulis ye. tu masakan first untuk cuti ni. nama ape ntah, udang goreng kacang buncis sedap sekali? boleh la kan. alhamdulillah final exam dh habis dengan tidak jayanya sebab banyak paper yang hancur. tapi takpe la, sape suruh study last minute? sape suruh main-main? sape suruh busy memanjang? tanya and jawab sendiri padan muka. boooo!

cuti ni banyak azam ye. memang balik ni semata-mata nk tunaikan azam-azam terpendam ni. rase blh wt lsit kot?


  • nk makan sedap-sedap. nasi berlauk, sate, kfc, kuih-muih bla bla bla 



  • nk masak puas-puas. dapur tu pastikan berasap la ye. saat paling gembira bila tgk org mkn masakan kita. especially time parents penat-penat balik keje tuh.



  • nk drive puas-puas. sbb si chery kesayangan tu dh lama sakit, tak baik-baik lagi, so, memang takde can la nk drive kt uia kn? so, gunakalah lisa sebaiknya masa cuti neh. mak po bg green light!



  • nk shopping. sume brg nk borong. tak kira! baju, kasut, makanan. sume nk angkut g uia



  • laksanakan homework k.kinah bagi tu. insyaAllah next post baru ckp pasal homework. skg enjoy-enjoy duluuuuuu



  • nk kemas rumah. rumahku syurgaku. parents keje so memang la rumah pon tunggang terbalik dh haaaaa. pulangnya anak dara kesayangan ini bakal merubah segalanya. nantikanlahhhhhh. ahaks!


list banyak-banyak pun kalau tak buat tak guna ye tak? maka azam yg utama ialah, melaksanakan segala apa yg di-list-kan. memang la hancur bm ni kan? sorry mdm. gtg. xoxo!