11 February 2013

emosi turun naik


memang emosi turun naik la start-start post tanpa memberi salam atau kata-kata pembukaan kan? slmt mlm ke pagi ke hape. sesungguhnya si penulis di dalam kecelaruan minda. jiwa kacau 24/7. bila masa ntah okay nye. asyik tak ok je. tanpa sebab-sebab yang kukuh, dgn tiba-tiba je aku mampu naik hangin and merajuk tidak tentu pasal. pelik la tu kan?

apa nk buat bila emosi tak stabil? well, benda paling mudah ialah/adalah lari jauh-jauh dari kelompok manusia. memang prefer duduk sensorang if emosi tak stabil. sebabnya? sebab taknak nanti terlepaskan emosi kt orang-orang tak sepatutnya. nanti kang tetiba perang dunia ke lapan, sembilan, sepuluh. tak ke naya tu? duduk diam-diam dulu. stabilkan emosi. pastu nanti dh okay, dgn selambanya pegi balik la kt kawan-kawan yg ditinggalkan tadi. memang selfish betol la gua cakap sama lu.

lagi satu, berzikir la. istigfar banyak-banyak. maybe tetiba si syaitan tu berjaya merasuk fikiran and hati kita yg suci ini. tak gitu? almaklumlah sebagai manusia biasa, sememangnya si syaitan wa iblis tu sentiasa mencari peluang nk hasut kita ni buat benda-benda tak elok tu. panas baran, naik hangin, merajuk, marah orang tak tentu pasal, gaduh, putus silaturahim, benda tak baik la tu kan? si setan tu memang bertepuk tangan berpesta sakan la kalu kita buat camtu. so, before everything jadi tunggang-langgang, istigfar, relaks, sabar. insyaAllah semua baik-baik sahaja nanti.

post membebel malam ini adalah semata-mata untuk mengingatkan diri sendiri akan pentingnya sifat sabar dalam diri sendiri. motif la kan. lantak ah. ko ado?

No comments: