25 May 2011

ikhlaskan niat sucikan hati

assalamualaikum. alhamdulillah hari ini okei sahaja semuanya walaupun tak tahu la knape penat semacam je. semalam bersukan-lah konon naik basikal pusing satu uia yang berbukit-bukau ni tolong-lah amatttt semput okei. bangu pagi tadi satu badan sakit almaklum-lah bersukan setahun sekali tu pasal-lah sihat semacam je ni. haha. nanti nk beli basikal la. nak ronda-ronda pusing-pusing makan angin. ye-lah nk beli kereta bukan mak bapak cop duit nak beli motor memang tak la kan nak pegang motor pun tak larat. haha.

itu cerita semalam. dan ini cerita hari ini. harapnya hari ni lagi baik la ye dari semalam. tadi pegi mentoring dengan berat hatinya. memang selalu macam tu kalau nk pegi tempat baik selalu malas tapi kalau ajak pegi jj ke, giant ke, ts ke, mid ke, memang la lajuuuuuu angguk-angguk kepala. haha. and rasanya boleh la post siket-siket kt sini ape yang akak tu cakap tadi. kang kalau tak post lupa pulak. dh la tadi mase mentoring asyik dk angguk-angguk konon dgn angguk tu sume benda melekat dalam otak. haisshhh dulu madam rohana lecturer accounting yang baekkkkk sangaaaaattttt tu penah ckp benda baru belajar ni kalau 2 hari tak refresh balik memang jgn harap la nk ingat sampai bila-bila. ok madam saya ingat apa madam ckp. ngeee~

tadi akak tu cerita siket-siket pasal ikhlas, niat and bla bla bla. common hadis yang rasanya sume orang penah dengar and kalau budak uia tuh memang kena hafal-lah kan kalau nk pass halaqah.

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

tu lah hadisnya. memang la famous kan. dari form 1 lagi ustazah ajar kt skolah. tolong jgn buat-buat lupa eh. so, nk cakapnya everything depends on our niat-lah. kalau kita niat nk buat kebaikan, tapi last-last tak buat sbb maybe ade masalah ke hape, insyaAllah Allah catat 1 kebaikan untuk kita. tu baru niat, tak buat lagi. kalau niat and siap buat skali memang sah-sah la lagi byk pahala dapat. 10 kali lipat! hehe. so, ape lagi, betolkan la niat anda ye. jangan main-main pasang niat pulak. Allah itu Maha Mengetahui. its just a reminder. for you and for me. tak salah kan. kalau tak silap pernah dengar satu hadis Nabi ni,

"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."

So, insyaAllah ber-belog ni pun jalan dakwah kan. secara ringan-lah ye. tak perlu la nk heavy-heavy sangat. slow-slow sahaja. bak kata sir razi lecturer ict yang baik jugakkk, use technology wisely. use it to top-up our iman. insyaAllah sir. esok quiz accounting subjek peberet tuhhh. so, bye-bye la belog! salam :)



No comments: